Notice CB DB Maintainence MARS Group
Ruj: NtsMARS2020/04
Tarikh Notis: 01 Mac 2020 | 0110 MYT
Pengguna yang dihormati,
Per: Penyelenggaraan Pengkalan Data (Database) Permohonan Isyarat Panggilan Jalur Rakyat MARS Group
Berhubung perkara diatas, pihak pengurusan MARS Group akan menutup sementara borang permohonan / pendaftaran CS selama 2 hari bagi tujuan penyelenggaraan sistem.
Sistem tersebut akan ditutup pada 1 Mac 2020 jam 0200 MYT sehingga 3 Mac 2020 jam 0600 MYT. Laman tersebut akan dibuka semula kepada umum pada 3 Mac 2020.
Tujuan penyelenggaraan adalah untuk menambah baik sistem carian di laman sesawang (CB RoIPMARS).
Diharap pihak tuan dapat ambil maklum berkenaan perkara ini. Jutaan kemaafan kami mohon bagi pihak MARS kepada anda semua.
Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila email kepada: [email protected]
Pentadbir Rangkaian
Pengurusan Kumpulan Rangkaian RoIPMARS