PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS™

roipmars.com — roipmars.org.my

Notice Change of Info in CB_DB

Ruj: NtsMARS2020/05
Tarikh Notis: 06 Mac 2020 | 0130 MYT

Pengguna yang dihormati,

Per: Permohonan Penukaran Maklumat di dalam Pengkalan Data Isyarat Panggilan Jalur Rakyat MARS Group

Berhubung perkara diatas, pihak pengurusan MARS Group melarang keras untuk anda menghantar borang berkali-kali untuk penukaran maklumat seperti Isyarat Panggilan, Rangkaian ataupun maklumat lain yang berkaitan.

Bagi penukaran maklumat, boleh berbuat demikian melalui salah satu cara dibawah:

  1. email maklumat yang telah anda hantar (submit) dan juga maklumat baru yang ingin ditukar kepada [email protected] BERSERTA DENGAN RESIT SUMBANGAN (minimum RM 10.00) ke akaun yang tertera di bawah
  2. mengisi borang sekali lagi BERSERTA DENGAN RESIT SUMBANGAN (minimum RM 10.00) ke akaun yang tertera di bawah dan dihantar bersama borang tersebut (upload diruangan resit sebelum submit) Borang kedua yang diisi tanpa resit sumbangan akan ditolak
NamaPERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP (RADIO OVER INTERNET PROTOCOL))
BankBANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD / BMMBMYKL
Akaun1214 0000 4377 12

Kami juga menerima

Mulai Mac 2020, segala maklumat baru yang diberikan bakal mengambil masa maksimum 48 jam waktu bekerja untuk proses permohonan & pendaftaran bagi tujuan semakan terlebih dahulu dengan maklumat sedia ada bagi mengelakkan pertindihan.

Diharap pihak tuan dapat ambil maklum berkenaan perkara ini. Jutaan kemaafan kami mohon bagi pihak MARS kepada anda semua.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila email kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Kumpulan Rangkaian RoIPMARS