Notice Teamspeak DomainName:PortNumber Issue
Ruj: NtsMARS2020/07
Tarikh Notis: 02 April 2020 | 0900 MYT
Pengguna yang dihormati,
Per: Notis perubahan alamat server TS3 di bawah naungan MARS
Berhubung perkara diatas, pihak pengurusan MARS ingin memaklumkan bahawa kami sedang menyelenggara sistem Domain Name System (DNS) kami.
Namun begitu, sistem tersebut tidak dapat menghasilkan apa yang kami harapkan. Antara masalah yang telah ditemui adalah ketidakboleh kerja TSDNS bagi aplikasi Teamspeak.
Terdapat beberapa server Teamspeak dibawah naungan kami terjejas dengan isu ini. Jadi, bagi mengatasi masalah ini, pengguna perlu menukar alamat server ke subdomain yang baru. Server yang tidak tersenarai di bawah alamatnya tidak terjejas, anda boleh masuk seperti biasa. Server yang terjejas dan subdomain yang baru adalah seperti jadual di bawah
Server | Alamat Lama | Alamat Baru |
---|---|---|
PRADAS | roipmars.com:9991 | pradas.roipmars.com |
BRUNEI | roipmars.com:9993 | brunei.roipmars.com |
SARAWAK | roipmars.com:9994 | sarawak.roipmars.com |
Diharap pihak tuan dapat ambil maklum berkenaan perkara ini. Jutaan kemaafan kami mohon bagi pihak MARS kepada anda semua.
Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila email kepada: [email protected]
Pentadbir Rangkaian
Pengurusan Kumpulan Rangkaian RoIPMARS