PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS

roipmars.com — roipmars.org.my

Notice CB CS Inactive Status and Methods

Rujukan NotisNtsMARS2020/08
Tarikh Notis19 Apr 2020, 2000 MYT

Pengguna yang dihormati,

Berhubung perkara diatas, pihak pengurusan tertinggi MARS telahpun membuat keputusan untuk menyahaktifkan 'Callsign' yang tidak aktif di dalam acara Net Mingguan CB pada setiap hari Ahad jam 9 Malam berkuatkuasa pada 1 Mei 2020.

Pemarkahan Merit & Dimerit akan diambil kira kepada semua ahli berdaftar dan sekiranya dalam satu-satu bulan tersebut, isyarat panggilan anda tiada didalam laporan kegiatan net selama 2 (dua) minggu berturut-turut, pihak pengurusan MARS akan mengeluarkan notis peringatan dan minta tunjuk sebab kenapa dan mengapa anda tidak aktif. Kegagalan membalas notis berkenaan, pihak pengurusan MARS beranggapan anda sudah tidak berminat untuk menyandang isyarat panggilan yang dimiliki dan juga boleh dibatalkan dan diberi kepada orang lain sekiranya ada yang berminat dengan isyarat panggilan berkenaan.

Kaedah untuk pemilikan semula isyarat panggilan adalah seperti rajah di bawah:

Diharap pihak tuan dapat ambil maklum berkenaan perkara ini. Jutaan kemaafan kami mohon bagi pihak MARS kepada anda semua.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila email kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS