PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS™

roipmars.com — roipmars.org.my

Perubahan Platform Kedai RoIPMARS

Ruj: NtsMARS2022/02
Tarikh Notis: 26 September 2022 | 0000 MYT

Pengguna yang dihormati,

Per: Perubahan Platform Kedai.RoIPMARS.org.MY berkuatkuasa serta merta

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa platform kedai kami sebelum ini mempunyai ralat kritikal yang menjadikan platform tersebut tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Namun begitu, pihak pengurusan teknikal kami telahpun mengambil insiatif dengan serta merta menukar ke platform lain. Segala maklumat dari platform lama telahpun dibuang dan tidak lagi dapat diperoleh kembali.

Diharap mana-mana pihak yang telahpun mendaftar di platform lama untuk mendaftar kembali di platform yang baru bagi membolehkan pembelian barangan kami.

Segala sokongan anda atas pembelian barangan kami adalah sangat dihargai.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila email kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Kumpulan Rangkaian RoIPMARS