PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS

roipmars.com — roipmars.org.my

Makluman Sijil NCS & Kad QSL 2023

Rujukan NotisNtsMARS2023/01
Tarikh Notis05 Jan 2023, 0700 MYT

Pengguna yang dihormati,

Merujuk kepada notis (NtsMARS2020/02), ingin dimaklumkan bahawa kami akan menyambung semula pengeluaran sijil dan kad QSL pada setiap acara yang telah dirancang sepanjang tahun 2023.

Segala sijil dan kad QSL anda akan dikemaskini dari masa ke semasa dan boleh didapati di laman sesawang ftp.roipmars.org.my.

Diharap pihak tuan dapat memaklumkan perkara ini kepada rakan-rakan dan sahabat handai. Sokongan dan bantuan anda semua dapat membantu usaha kami untuk kekal aktif dan relevan sepanjang masa.

Jutaan terima kasih kami ucapkan atas segala sokongan anda.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila email kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS