PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS™

roipmars.com — roipmars.org.my

Penyelenggaraan Menaik Taraf 'Firmware' Rangkaian - 25 Mac 2023

Ruj: NtsMARS2023/03
Tarikh Notis: 07 Mac 2023 | 1230 MYT

Pengguna yang dihormati,

Per: Penyelenggaraan Rangkaian - 25 Mac 2023

Harap maklum bahawa Pasukan Penyelenggaraan Pusat Data akan menjalankan penyelenggaraan rangkaian untuk menaik taraf perisian tegar (firmware) peralatan rangkaian di Pusat Data MYI dan MYS.

Penyelenggaraan ini adalah penting untuk mengelakkan sebarang kelemahan yang mungkin membahayakan dan menjejaskan keselamatan rangkaian.

Butiran penyelenggaraan adalah seperti berikut:

Tarikh25 Mac 2023 (Sabtu)
Masa Gangguan11:30 PM – 3:30 AM (MY)
Tempoh Gangguan4 jam
Masa Penyelenggaraan12:00 AM (MY)
Tempoh Penyelenggaraan30 minit
PuncaOperasi naiktaraf perisian rangkaian

Pelayan tidak akan ditutup semasa tempoh penyelenggaraan kerana ia hanya menjejaskan sambungan pelayan. Dinasihatkan supaya tidak lakukan apa-apa aktiviti semasa tempoh penyelenggaraan kerana ia akan mengakibatkan kerosakan data akibat daripada sambungan yang tidak konsisten.

Diharap pihak tuan dapat ambil maklum berkenaan perkara ini. Persefahaman dan kerjasama anda amat kami hargai. Jutaan kemaafan kami pohon dari Pihak Pengurusan Kumpulan RoIPMARS kepada anda semua.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila emel kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Kumpulan Rangkaian RoIPMARS