PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS™

roipmars.com — roipmars.org.my

Penyelenggaraan Kemas Kini 'Firmware' Pelayan - 12 Mei 2023

Ruj: NtsMARS2023/04
Tarikh Notis: 20 Apr 2023 | 2200 MYT

Pengguna yang dihormati,

Per: Penyelenggaraan Pelayan - 12 Mei 2023

Harap maklum bahawa Pasukan Penyelenggaraan Pusat Data akan menjalankan penyelenggaraan pelayan untuk mengemas kini perisian tegar (firmware) peralatan di Pusat Data. Oleh yang demikian, akan ada masa henti untuk semua pelayan yang berada di Pusat Data, kerana pelayan akan dibut semula beberapa kali semasa proses selenggara.

Penyelenggaraan ini adalah penting untuk mengelakkan sebarang kelemahan yang mungkin membahayakan dan menjejaskan keselamatan pelayan.

Butiran penyelenggaraan adalah seperti berikut:

Tarikh12 Mei 2023 (Jumaat)
Anggaran Masa Gangguan10:00 PM (MY)
Tempoh Gangguan1 jam
Masa Penyelenggaraan10:00 PM – 4:00 AM (MY)
Tempoh Penyelenggaraan6 jam
PuncaOperasi kemas kini perisian tegar

Pelayan akan mengalami gangguan semasa tempoh penyelenggaraan. Dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti semasa tempoh penyelenggaraan.

Diharap pihak tuan dapat ambil maklum berkenaan perkara ini. Persefahaman dan kerjasama anda amat kami hargai. Jutaan kemaafan kami pohon dari Pihak Pengurusan Kumpulan RoIPMARS kepada anda semua.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila emel kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Kumpulan Rangkaian RoIPMARS