PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS™

roipmars.com — roipmars.org.my

Penafian Sambungan ke Pengulang dari Rangkaian RoIPMARS

Ruj: NtsMARS2023/07
Tarikh Notis: 04 Jul 2023 | 0500 MYT

Pengguna yang dihormati,

Per: Penafian Sambungan ke Pengulang dari Rangkaian RoIPMARS

Perkara diatas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa rangkaian RoIPMARS tidak pernah dan tidak akan dengan niat atau tidak menyambungkan rangkaian kami ke mana-mana jaringan pengulang yang bukan milik kami tanpa kebenaran bertulis dari kedua-dua belah pihak.

Sehubungan dengan kejadian baru-baru ini, pihak kami juga terkejut dengan apa yang telah berlaku, namun kejadian tersebut dapat diselesaikan oleh Pegawai Rangkaian kami dengan pantas dan kami tidak akan bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

Kami memohon agar semua penggiat radio perantara (gateway) untuk tidak melakukan sambungan dari mana-mana rangkaian kami ke mana-mana pengulang tanpa keizinan bertulis dari kedua-dua pihak.

Segala kecuaian yang telah/sedang/akan berlaku adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik perantara tersebut. Pihak kami sama sekali tidak akan bertanggungjawab atas segala kecuaian atau kesilapan yang berpunca dari pihak ketiga.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila emel kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Rangkaian RoIPMARS