PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS

roipmars.com — roipmars.org.my

Pemberhentian Sementara Net CB RoIPMARS

Rujukan NotisNtsMARS2023/08
Tarikh Notis10 Jul 2023, 0900 MYT

Pengguna yang dihormati,

Hasil statistik terkini menunjukkan tiada kenaikan stesen CB yang turut serta dalam Net CB pada setiap hari ahad malam. Oleh disebabkan itu, pihak pengurusan RoIPMARS mengambil keputusan untuk merehatkan Net CB pada setiap ahad malam sehingga satu waktu yang akan diberitahu kelak dan diganti kepada Net Amatur Hujung Minggu pada setiap ahad bermula jam 9 pagi.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira pelbagai aspek dalaman serta luaran. Perubahan ini akan berkuat kuasa mulai minggu 28/2023.

Sekiranya ada pihak ketiga atau kumpulan yang ingin menerajui Net CB di Rangkaian RoIPMARS, anda boleh menghubungi pihak pengurusan untuk maklumat lanjut.

Diharap pihak tuan dapat ambil maklum berkenaan perkara ini. Persefahaman dan kerjasama anda amat kami hargai. Jutaan kemaafan kami pohon dari Pihak Pengurusan Kumpulan RoIPMARS kepada anda semua.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila emel kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS