PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS

roipmars.com — roipmars.org.my

Notis Perubahan Jadual Net di RoIPMARS

Rujukan NotisNtsMARS2023/10
Tarikh Notis28 Nov 2023, 0100 MYT

Pengguna yang dihormati,

Merujuk semula kepada laporan-laporan yang diterima sejak kebelakangan ini, pihak pengurusan rangkaian RoIPMARS membuat keputusan untuk merombak semula jadual dengan melakukan perubahan dibawah;

  1. memansuhkan net pada hari isnin (kecuali net khas);
  2. menukarkan masa net hari ahad dari jam 10 pagi ke jam 9 malam.

Perubahan diatas berkuatkuasa mulai Disember 2023. Pihak pengurusan juga merancang untuk mengisi kekosongan yang ada dengan mendapatkan kerjasama dan kesinambungan dari pihak ketiga. Sebarang perubahan dalam waktu terdekat akan dikaitkan dengan rujukan diatas.

Diharap dengan perubahan ini, dapat kita bersatu dalam kerjasama erat demi menaikkan lagi semangat komunikasi dikalangan penggiat radio dua hala.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila emel kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS