PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS

roipmars.com — roipmars.org.my

Gangguan sementara notifikasi automatik aktiviti

Rujukan NotisNtsMARS2023/12
Tarikh Notis28 Dis 2023, 0500 MYT

Pengguna yang dihormati,

Pentadbir sistem akan menjalankan penyelenggaraan & kemas kini kepada keseluruhan sistem notifikasi aktiviti semasa. Sehubungan dengan itu, keseluruhan notifikasi akan mengalami gangguan semasa tempoh penyelenggaraan dijalankan. Berikut adalah maklumat gangguan yang bakal dijalankan;

TarikhMulai 2 hingga 5 Januari 2024
Tempoh penyelenggaraan4 hari
Platform yang tergangguWhatsApp

Selepas penyelenggaraan sistem selesai, kesemua ahli aktif (termasuk ahli CB) akan menerima notifikasi aktiviti khas yang akan dihantar secara automatik melalui WhatsApp daripada +603-3396 0874 (MHR TECHNOLOGY) ke nombor telefon yang telah didaftarkan di dalam sistem kami. Sekiranya anda ingin membatalkan notifikasi tersebut, sila balas "BATAL NOTIFIKASI" ke WhatsApp tersebut.

Namun yang demikian, pihak pentadbir sistem akan sedaya upaya untuk meneruskan notifikasi ke platform Facebook & Telegram kami semasa tempoh penyelenggaraan. Anda boleh membuat carian "RoIPMARS Network" di kedua-dua platform tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila emel kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS