PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS

roipmars.com — roipmars.org.my

Pemberhentian Operasi Pelayan roipmars.com

Rujukan NotisNtsMARS2024/03
Tarikh Notis06 Feb 2024, 2300 MYT

Pengguna yang dihormati,

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan dibawah seliaan roipmars.com akan dihentikan operasinya.

Setelah diteliti dengan lebih lanjut, Pihak Pengurusan Jaringan RoIPMARS mengambil keputusan untuk menghentikan operasinya pada tarikh akhir tempoh pembiayaanya atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Pelayan roipmars.com adalah sebuah pelayan yang dibiaya sepenuhnya oleh Arwah Zulkifli Abu dan dikawal selia bersama Pentadbir Jaringan RoIPMARS.

Pemberhentian operasi adalah seperti yang dinyatakan di bawah;
Tarikh Henti Operasimulai Rabu, 01 Mei 2024, 0000 MYT
Perkhidmatan Terjejas
  1. Laman sesawang roipmars.com
  2. Pelayan TeamSpeak roipmars.com
  3. Proksi Awam EchoLink roipmars.com

Namun yang demikian, nama domain roipmars.com masih boleh digunakan sehingga 02 Sep 2024 dan segala sambungan yang berkaitan akan dipautkan ke roipmars.org.my. Adalah disarankan supaya menukar penanda halaman anda dari roipmars.com ke roipmars.org.my mulai dari tarikh henti operasi diatas.

Pihak Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS memohon maaf atas kesulitan yang bakal dihadapi demi seluruh kelansungan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila emel kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS