PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS

roipmars.com — roipmars.org.my

Peralihan Koleksi Sijil & eQSL

Rujukan NotisNtsMARS2024/04
Tarikh Notis27 Mac 2024, 1500 MYT

Pengguna yang dihormati,

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa koleksi sijil & eQSL akan dialihkan bagi memberi ruang kepada peruntukan sumber pelayan kami untuk jangka panjang.

Tarikh Henti 07 April 2024
Halaman berkaitan dl.roipmars.org.my > files > certificates
Halaman sumber

Buat masa ini, semua koleksi sijil & eQSL siap masih boleh didapati di dl.roipmars.org.my sehingga tarikh diatas. Selepas pada tarikh diatas, segala koleksi sijil & eQSL akan dialihkan ke pelayan pihak ketiga iaitu archived.mhrtech.my. Dalam masa yang sama, semua eQSL yang dihantar ke bahagian rekod tidak lagi wajib seperti sebelum ini, pembuatan & pengedarannya adalah tanggungjawab NCS sendiri dan pihak ketiga tidak memberi jaminan bahawa semua koleksi yang dihantar akan dimuatnaik ke pelayan tersebut.

Namun yang demikian, anda boleh mula menggunakan penjana sijil pada halaman sumber seperti diatas dengan memilih dan klik pada tanda panggilan anda.

Pihak Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS memohon maaf atas kesulitan yang bakal dihadapi demi seluruh kelansungan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila emel kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS