PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS

roipmars.com — roipmars.org.my

Gangguan Sementara Perkhidmatan

Rujukan NotisNtsMARS2024/06
Tarikh Notis28 Jun 2024, 0430 MYT

Pengguna yang dihormati,

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa akan berlaku gangguan sambungan kepada semua perkhidmatan yang ditawarkan RoIPMARS™ pada waktu yang dijadualkan dibawah. Gangguan ini berpunca daripada kerja-kerja naiktaraf keseluruhan sistem RoIPMARS.

Semua sambungan yang menggunakan domain roipmars.org.my & roipmars.com akan mengalami gangguan. Segala maklumat sedia ada akan dijana semula bagi membolehkan kapasiti penggunaan dapat dioptimumkan untuk masa hadapan.

Penyelenggaraan akan berlaku seperti jadual di bawah;
Tarikh & masa naik tarafSelasa, 23 Jul 2024, 0000 MYT — Jumaat, 26 Jul 2024, 1500 MYT
Anggaran tempoh gangguan sambungan12 jam
Anggaran tempoh ujian tekanan beban72 jam

Pihak Pengurusan Rangkaian RoIPMARS memohon maaf atas kesulitan yang bakal dihadapi demi seluruh kelansungan Rangkaian RoIPMARS.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila emel kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS