banner-index

Selamat Datang ke RoIPMARS

Malaysian Amateur Radio over Internet Protocol Society (RoIPMARS)

— MUDAH — MURAH — MERIAH — MERAPATKAN HUBUNGAN — MENJAGA SILATURRAHIM —

Bagi memperakui pengendalian Stesen Radio Amatur, anda memerlukan lesen kelayakan (peruntukan radas) dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah Kementerian Komunikasi dan Digital. Umur minima yang telah ditetapkan adalah 12 tahun dan anda perlu lulus Peperiksaan Radio Amatur (RAE) untuk melayakkan diri anda mengendalikan sebuah stesen Radio Amatur.

Perjalanan untuk menjadi Stesen Radio Amatur adalah pengalaman yang berharga dan kami akan membantu anda untuk mendapatkan lesen anda dalam masa terdekat. Kelas berkaitan bakal dijalankan dan anda dapat mengamalkan jaringan komunikasi radio. Keutamaan kami adalah anda tidak akan bersendirian dalam perjalanan anda untuk menjadi seorang pengendali radio amatur.

Kami berharap anda dapat menawarkan khidmat anda pada masa yang diperlukan untuk membantu komunikasi kecemasan, menghulurkan bantuan, dan membantu mereka yang memerlukan. Pengendali radio amatur telah diketahui umum sebagai antara yang terpantas bertindak semasa kecemasan.

SEBARAN AWAM

Kepada Inividu / Komuniti / Kelab, samada AMATUR mahupun KOMERSIAL yang berminat untuk meluaskan hubungan komunikasi dua hala, anda dialu-alukan untuk mendirikan perantara bersama kami di RoIPMARS.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat untuk SYARIKAT yang berminat untuk mendirikan jaringan komunikasi.
Pasukan teknikal kami sedia membantu. Hubungi kami melalui emel ke [email protected] untuk mendapatkan maklumat lanjut.

'JIKA BUKAN KITA SIAPA LAGI, JIKA BUKAN SEKARANG BILA LAGI'
Tulus Ikhlas,
Bahagian Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS

RADIO AMATUR & ROIP

Sekilas aktiviti kami untuk mempromosikan Radio Amatur dan ROIP

Promosi

Ianya bukanlah satu tugas yang mudah untuk mempromosikan ROIP. Pada masa itu, kami telah dikejutkan kerana memperkenalkan teknologi internet sebagai alternatif ke radio ham. Kami berharap agar lama-kelamaan warga ham secara amnya akan terus menerajui teknologi baru.

Kerjasama

Apabila peluang muncul, kami berusaha untuk bekerjasama dengan kelab / persatuan lain untuk mempromosikan radio amatur. Beberapa kelab tempatan telah bersama berganding bahu mendalami teknologi ROIP. Semua bersepakat bahawa ROIP adalah alternatif apabila pengulang tidak berfungsi.

Jamboree

Kami mengambil bahagian secara aktif dalam acara tahunan JOTA JOTI. Pengakap diperkenalkan kepada komunikasi tanpa wayar dan diberi peluang untuk mengalami QSO buat kali pertama. Ramai yang teruja dan berminat untuk mengejar hobi radio amatur dalam masa terdekat.

Generasi Baru

Sambutan daripada kanak-kanak adalah di luar jangkaan kami. Mereka bersemangat apabila diberi peluang untuk mengendalikan sebuah stesen. Orang yang ramai lebih sukar untuk dikendalikan tetapi bernilai masa dan usaha kami. Kami menyukai semangat tinggi yang dipaparkan.