PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (ROIP)

Jaringan RoIPMARS

roipmars.com — roipmars.org.my

Notis makluman penukaran WhatsApp Rasmi

Rujukan NotisNtsMARS2024/01
Tarikh Notis19 Jan 2024, 2000 MYT

Pengguna yang dihormati,

Merujuk semula kepada notis [NtsMARS2023/12] yang telah disiarkan pada 28 Dis 2023, kami memohon maaf sekiranya ada mana-mana individu yang terguris dengan ledakan mesej dari 0333960874 (MHR TECHNOLOGY) mengenai pengesahan pemberitahuan yang dihantar pada 4 Januari 2024 melalui aplikasi WhatsApp.

Setelah diteliti dengan lebih lanjut, pihak 'Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS' membuat keputusan untuk menukar no pemberitahuan kami dari 0333960874 ke 01153440440 yang akan sepenuhnya menggunakan logo rasmi dan maklumat rasmi Pertubuhan. Kami akan mula menggunakan no rasmi ini secara berperingkat mulai dari tarikh notis ini.

Sekali lagi pihak pengurusan memohon ampun & maaf sekiranya kami telah mengguris mana-mana pihak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua atas sokongan yang diberikan.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila emel kepada: [email protected]

Pentadbir Rangkaian

Pengurusan Rangkaian Kumpulan RoIPMARS